Monday 2 July 2012

jgn salahkn rooney





Steven Gerrard menegaskan Wayne Rooney tidak harus dijadikan kambing hitam di atas kegagalan Euro 2012 England.
Kapten England itu menyatakan adalah tidak realistik untuk mengharapkan bintang Manchester United tersebut semata-mata bagi memenangi kejohanan.
Dan dia bimbang jangkaan yang besar terhadap Rooney boleh menjadi antara alasan striker Three Lions gagal menjaringkan gol selepas ini.
Gerrard berkata, "Saya cuma rasa sejak Wayne ada, dan kerana prestasinya di Euro 2004, terdapat jangkaan yang dia datang ke kejohanan dan menang segalanya atas usaha sendiri."
"Saya fikir itu tak adil, terutama apabila segalanya tak menjadi dan orang ramai kemudian menyalahkan Wayne dan prestasinya."
"Tapi tanggungjawab adalah ke atas semua 23 pemain. Tak adil untuk hanyamelihat Wayne dan berkata kerana dia tak bermain dengan baik, itu adalah alasan kenapa kami tak pernah menang."
"Saya telah sebut banyak kali bahawa di peringkat ini, perkara terbesar adalah bermain tanpa jangkaan, tanpa rasa takut."
"Jadi itu normal pada masa-masa tertentu Wayne merudum kerana jangkaan, kerana semua orang menjangka dan mahu dia melakukan yang terbaik."

Saturday 11 February 2012

SAYA TAKKN MINTA MAAF


Luis Suarez masih enggan memohon maaf kerana mencetuskan pertikaian warna kulit Patrice Evra.
 
Bintang Liverpool itu menerima hukuman penggantungan lapan perlawanan selepas FA mendapati beliau bersalah menghina pemain Manchester United tersebut. Namun Suarez, yang berdepan dengan Evra di  Old Trafford hari Sabtu ini, pertikaian ini harus dikekalkan di atas padang.
 
Beliau berkata: "Saya langsung tidak berduka. Saya tahu apa yang saya lakukan dan anda peraturan bola sepak yang berbunyi 'apa yang berlaku di atas padang, tinggalkan di atas padang dan habis cerita'."
 
Suarez, bercakap dengan Radio Sport 890 di Uruguay, berkata: "Saya tahu menentang Man United akan menjadi tegang kerana saya akan berdepan Evra. Tapi saya sudah biasa dengan penyokong mengecam saya. Saya harap tiada yang luar biasa berlaku. Saya akan perlu melupakan apa yang sudah berlaku ketika itu."
 
"Saya tahu Man United akan cuba menjadikan saya berasa kurang selesa."
 
"Tapi saya perlu beritahu mereka — mereka akan mendorong saya jika mereka mengejek saya."

SUAREZ PERLU SALAM DGN EVRA


Kenny Dalglish menegaskan Luis Suarez akan bersalam dengan Patrice Evra hujung minggu ini ketika beliau berusaha meredakan ketegangan pada kunjungan Liverpool ke Old Trafford.
 
Pengurus Liverpool itu menekankan tiada pembatalan acara berjabat tangan sebelum perlawanan Sabtu ini, di mana ia akan menyaksikan Suarez dan Evra bertembung buat kali pertama sejak pemain Uruguay itu didapati bersalah kerana menggunakan perkataan berunsur perkauman terhadap pemain pertahanan Manchester United tersebut.
 
Namun ketika pengurus Liverpool, Dalglish berterusan – dan kontroversi — memberikan sokongan kepada Suarez, beliau berazam pemain berusia 24 tahun itu tiada masalah dengan Evra.
 
"Saya pasti orang akan bercakap tentang Luis Suarez tapi beliau telah menerima hukumannya, menjalani penggantungannya dan kembali menentang Spurs hari Isnin lepas," kata Dalglish.
 
"Masanya untuk kita semua melupakan apa yang trelah berlaku."
 
"Kami telah bercakap dengan beliau. Saya tahu beliau akan bersalam dengan Patrice Evra dan pemain  Manchester United yang lain sebelum perlawanan."

BELLAMY LEBIH GANAS


Abaikan Luis Suarez – Dirk Kuyt mendakwa Craig Bellamy adalah pemain paling berbahaya di  Liverpool dalam perlawanan hari ini menentang Manchester United.

Bellamy, 32, telah menjadi pemain terbaik Liverpool sejak dua bulan lepas dan telah menjaringkan tujuh gol dari 13 perlawanan terakhirnya.

Total sembilan gol sejak menyertai kelab secara percuma dari Manchester City musim panas ini menjadikan pemain ini telah pun menyamai jumlah gol di karier pertamanya di Anfield lima musim yang lalu.

“Craig memang luar biasa,” kata Kuyt. “Beliau kini nampak lebih baik berbanding sewaktu kali pertamanya di sini – ia bukan sesuatu yang kerapkali boleh anda katakan tentang seseorang yang telah dua kali mewakili kelab.

“Biasanya, kali pertama adalah lebih baik tapi kali ini dengan Craig dalam keadaan yang lebih baik, beliau memang tahu apa yang boleh beliau lakukan dan beliau sangat profesional dalam latihannya setiap hari, bukan saja membantu dirinya sendiri tapi skuad secara keseluruhannya.”

Prestasi Bellamy telah melayakkan beliau memenangi anugerah pemain terbaik bulanan untuk kali kedua berturut-turut.

Monday 30 January 2012

LIVERPOOL MAU HLEB


Bos Liverpool, Kenny Dalglish sedang mempertimbangkan langkah untuk bekas midfielder Arsenal, Alexander Hleb.

Kini telah dilaporkan secara meluas bahawa QPR berminat kepada pemain berusia 30 tahun itu.

warga Belarus itu telah mengalami tempoh yang sukar sejak meninggalkan Arsenal untuk Barcelona pada 2008.

Tempoh pinjamannya dengan Wolfsburg baru-baru ini telah dipendekkan, selepas Hleb bergelut dengan prestasi dan kecergasan, membuat hanya empat penampilan musim ini.

Dalglish sedang mempertimbangkan pilihannya dalam hari-hari terakhir jendela perpindahan.

The Reds menghadapi beberapa tempoh yang sukar musim ini, namun masih boleh mencipta kempen yang berjaya. Liverpool kini dalam perlawanan akhir Piala Liga, dan menghadapi pertembungan pusingan keempat Piala FA menentang Manchester United pada hujung minggu ini.

GERRARD MAU KOP TENANG


Steven Gerrard menggesa supaya penyokong kelab bertenang menjelang pertembungan Piala FA hari ini dengan Manchester United.

Kapten Liverpool itu memberitahu: "Kita semua ada tanggungjawab untuk memastikan perlawanan ini diingati atas sebab bola sepak.

"Liverpool dan Manchester United merupakan perseteruan besar dan pasti ada bahan untuk akhbar dan kecaman di kalangan penyokong.

"Tapi ia akan menjadi lebih bagus jika ia diingati kerana perlawanan yang hebat dan dari pandangan kami, kemenangan Liverpool.

"Kami tak mahukan tajuk utama dari perlawanan ini atau sebarang cerita yang tiada kaitan dengan perlawanan bola sepak di antara kedua-dua pasukan hebat – dan semoga pasukan terbaik menang."

KUYT MAU KEJAYAAN


Dirk Kuyt berikrar untuk mencatatkan kemenangan berganda Manchester hari ini dan berkata kepada Alex Ferguson: Kamu seterusnya.

"Kami telah menetapkan tanda aras menentang  City. Kini kami perlu bermain dengan kesungguhan yang serupa dan saya pasti kami akan bagus."

Kuyt merupakan pemain Liverpool paling lama berkhidmat tanpa memenangi medal selepas enam tahun kemarau di Merseyside.

Pemain Belanda itu menyertai kelab dari Feyenoord pada tahun 2006 — tiga bulan selepas kali terakhir mereka memenangi kejuaraan dengan mengalahkan West Ham di Cardiff untuk menjulang Piala FA.

Beliau menambah: "Saya telah lama berada di sini dan bermain di final dan separuh akhir Liga Juara-juara, separuh akhir Liga Eropah dan menduduki tempat kedua Liga Juara-juara.

"Tapi tak memadai untuk menduduki tempat kedua dan harapan agar Piala Carling menjadi trofi pertama dimenangi dengan lebih banyak akan menyusul.

"Kami telah menjadi pasukan yang nyaris menang kejuaraan sepanjang saya berada di sini tapi kadangkala itulah lumrah bola sepak. Kamu cuma perlukan pastikan kamu berikan segala-galanya untuk mencapai apa yang kamu inginkan.

"Kami semua kepingin untuk memenangi trofi. Ia sudah agak lama sejak kali terakhir kami memenanginya."

Friday 27 January 2012

BELLAMY BGGA DENGAN LIVERPOOL


Craig Bellamy kembali untuk menghantui Manchester City dan mencipta final Piala Liga impian menentang kelab disokongnya sejak kecil, Cardiff.
 
Penalti dari Steven Gerrard dan gol kemenangan minit ke-74 Bellamy membawa Liverpool ke Wembley buat kali pertama dalam 16 tahun.
 
Bellamy, yang menghabiskan musim lalu dipinjamkan City ke Cardiff sebelum menyertai Liverpool berkata: "Saya saksikan Cardiff menang separuh akhir mereka dan tanda-tanda kelihatan baik memasuki perlawanan malam ini."
 
"Saya gembira untuk mereka dan ini final terbaik buat saya. Cardiff amat bermakna buat saya kerana ia bandar asal saya."
 
"Dan dapat jaringkan gol kemenangan lawan bekas pasukan saya untuk mara ke final jadikan ini sebuah malam sempurna."
 
"Saya pun tak pernah beraksi di Wembley, jadi ini akan amat bermakna buat saya ke sana dan cuba untuk menang sebuah trofi."
 
"Saya pergi saksikan beberapa final Liverpool di Millenium Stadium dan beraksi sendiri di sana dalam perlawanan Perisai Komuniti."
 
"Tapi kini kami akan bermain lawan sebuah pasukan Wales di Wembley. Menarik bagaimana takdir bola sepak tertulis."

DALGISH KRITIK PEMAIN


Kenny Dalglish yang begitu berang mengugut untuk menjual bintang Liverpool yang bermain di bawah tahap sebenar selepas mereka mengalami kekalahan memalukan di Bolton.

Pengurus itu naik angin melihat aks longlai pasukannya dan mengkritik pasukannya kerana sikap tiada hormat mereka. ‘Pemain tidak akan berada di sini lebih lama lagi jika begini cara mereka bermain,’ kata Dalglish.

‘Kami mengharapkan standard yang jauh lebih tinggi dari itu. Mungkin mudah untuk mengatakan yang mereka mungkin terjejas tumpuan dengan perlawanan Rabu ini  tapi setiap perlawanan cukup penting buat kami.’

Liverpool mempertahankan kelebihan 1-0 menentang Manchester City di perlawanan kedua separuh akhir Piala Carling di Anfield malam Rabu ini namun Dalglish cukup malu melihat pasukannya mudah dijinakkan oleh pasukan yang betarung meneruskan nyawa di Liga Perdana Inggeris.

‘Jika mereka fikir mereka boleh bermain dengan sewenang-wenangnya, mereka tidak akan berada lama di kelab bola sepak ini,’ tambahnya.

‘Jika ia sekali-sekala, tidak mengapa tapi jika ia berterusan maka akan ada pemain yang tidak dapat meneruskan penampilan mereka dalam jersi merah ini kerana kami tidak boleh menerimanya.

 ‘Hormat adalah bahagian paling penting menjadi kelab yang berjaya dan jika mereka tidak menunjukkan rasa hormat kepada pasukan lain dan paling penting kepada kelab ini, mereka memang ada masalah.’

Monday 16 January 2012

THE KOP MAU DEFOE


Bos Liverpool, Kenny Dalglish bersedia menguji Tottenham dengan tawaran £10 juta untuk Jermain Defoe.
 
Dalglish sedang menilai untuk merombak serangannya bulan ini selepas prestasi goyah Liverpool, yang menyebabkan mereka bergelut meletakkan kelab di kedudukan empat teratas.
 
Rekod jaringan gol Defoe yang telah terbukti akan menambah dimensi baru kepada serangan Anfield, dan Liverpool mengharapkan persetujuan bayaran dengan Spurs walaupun dengan cita-cita gelaran The Londoners. Bos Spurs Harry Redknapp mahukan striker baru dan melihat tonggak Marseille, Loic Remy semalam.
 
Jika Redknapp menambah muka baru, hal itu akan mendorong Defoe semakin terpinggir dan lebih hampir dengan jalan keluar White Hart Lane.
 
Defoe memerlukan lebih perlawanan bagi mengekalkan harapan menyertai skuad Euro England dan Dalglish boleh menawarkannya hal tersebut diMerseyside.

KAMI CIPTA PROBLEM


Kenny Dalglish mengkritik Liverpool kerana masalah kurang kreativiti ketika mereka melepaskan mata ke 14 di laman sendiri musim ini.
 
Penyerang Reds, Dirk Kuyt terlepas peluang keemasan untuk memastikan kemenangan namun the Potters berhak memperolehi satu mata selepas mencatatkan kemenangan ke atas the Kop pada September lalu.
 
Liverpool kini hanya mencatatkan empat kemenangan dari 11 perlawanan di Anfield musim ini dan Dalglish tidak dapat menyembunyikan perasaannya ketika ditanya mengenai masalah yang dihadapi pasukannya.
 
Beliau berkata: "Tanggungjawab adalah kepada kami untuk menjadi lebih imaginatif dan untuk merobek mereka dan kami gagal melakukannya."
 
"Beberapa peluang yang kami ada tidak kami manfaatkannya dan dalam perlawanan sebegini, anda perlu mengambilnya."
 
"Kami nampak mantap di barisan pertahanan — mereka ada satu percubaan di separuh masa pertama dan tiada lagi selepas itu  — tapi ia tanggungjawab kami untuk merobek mereka dan di perlawanan ini kami tidak cukup bagus."
 
"Tiada salah dengan kesungguhan atau keazaman mereka tapi hari ini kami tidak cukup bagus untuk menjinakkan mereka."

ASTON VILA MAU TUKAR CAROLL N BENT


Aston Villa akan menguji penyelesaian Liverpool untuk striker, Andy Carroll pada musim panas dan mungkin menawarkan Darren Bent dalam perjanjian itu.
 
Striker bernilai £35 juta itu bergelut musim ini dan telah diketepikan daripada kesebelasan utama menentang Stoke semalam. Walaupun laporan mengaitkan Carroll dengan langkah kembali ke Newcastle, ternyata tiada peluang bagi Liverpool mengetepikannya bulan ini.
 
Malah, dalam panggilan telefon daripada bos Villa iaitu Alex McLeish, Kenny Dalglish mungkin gagal menamatkan perbualan dengan segera ketika nama Carroll disebut.
 
Namun striker Villa, Bent mendapat sokongan daripada kalangan hierarki di Anfield termasuk Pengarah Bola Sepak, Damien Comolli yang membawanya dari Charlton Athletic ke Spurs dengan harga £16.5 juta pada 2007.
 
Terdapat juga cakap-cakap bahawa perjanjian Bent ke Liverpool sudahpun selesai.
 
Ini mendorong McLeish menelefon rakan warga Scotland, Dalglish tetapi dia segera menjelaskan tiada perjanjian yang melibatkan Carroll.
 
Bent, yang menjaringkan gol menentang Everton, turut bergelut musim ini, walaupun dia dipuji oleh pemain pinjaman baru, Robbie Keane.

Friday 13 January 2012

GALATASARY MAU KUYT


Dirk Kuyt mungkin dalam perjalanan ke Galatasaray bulan ini, dengan gergasi Turki itu bersedia membuat langkah £8 juta.
 
Kuyt, yang membuat 21 penampilan untuk The Reds musim ini, gagal menemui prestasi terbaiknya kebelakangan ini.
 
Dan warga Belanda itu mungkin melihat ini selaku masa yang terbaik untuk meninggalkan Anfield.
 
Kuyt kini masih berbaki 18 bulan dalam kontrak, namun Liverpool mungkin memilih menjual pemain berusia 31 tahun itu sekarang.
 
Selepas memulakan kariernya di Utrecht dan kemudiannya bermain buat Feyenoord, Kuyt telah bersama Liverpool sejak 2006.

REAL MAU SUAREZ


Menurut laporan di Sepanyol, bos Real Madrid iaitu Jose Mourinho bersedia menawarkan Luis Suarez jalan keluar daripada mimpi ngeri Liverpool dengan tawaran £30 juta untuk striker itu.
 
Gergasi Sepanyol berharap dapat mengambil kesempatan daripada isu kemarahan sekitar pemain antarabangsa Uruguay  itu dengan sambaran sensasi dalam jendela perpindahan Januari.
 
Suarez kini menghadapi penggantungan lapan perlawanan berikutan isu perkauman dengan bek Man United, Patrice Evra.
 
Dia juga digantung satu perlawanan oleh Football Association dan didenda £20000 bagi isyarat yang dibuat ke arah peminat Fulham.
 
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish teguh mempertahankan Suarez dan menegaskan pasukan menunjukkan sokongan, yang telah 'disalah tafsir' kerana dia mempertahankan rekod kelab tentang isu tersebut.

10JUTA UNTUK TGGLKN KOP


Pemain KOP yang gagal, Andy Carroll telah diberikan terma pelepasan £10 juta meninggalkan Liverpool.
 
Bekas kelabnya Newcastle sanggup membeli kembali penyerang England tersebut namun dengan harga yang kurang £25 juta dari kosnya kepada kelab Merseyside tersebut hampir setahun yang lalu.
 
Sumber dari Toon memberitahu: "Andy seorang  Geordie yang sejati dan memang bagus kalau dapat membawanya pulang."
 
Carroll akan perlu mengurangkan hampir separuh dari gaji mingguan £90,000 untuk kembali ke Toon dan akhirnya menamatkan mimpi ngerinya di Anfield.
 
Liverpool menafikan mereka cuba melepaskan pemain rekod tersebut namun pertelagahan dengan pengurus Kop, Kenny Dalglish semakin tidak dapat dielakkan.
 
Karier Carroll menjunam sejak perpindahan £35 jutanya yang menjaidkan beliau pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak British.
 
Carroll hanya menjaringkan enam gol dari 31 perlawanan di semua kejohanan — jauh berbeza dengan 33 gol dari 90 perlawanan yang dicatatkannya bersama the Toon.