Friday, 27 January 2012

BELLAMY BGGA DENGAN LIVERPOOL


Craig Bellamy kembali untuk menghantui Manchester City dan mencipta final Piala Liga impian menentang kelab disokongnya sejak kecil, Cardiff.
 
Penalti dari Steven Gerrard dan gol kemenangan minit ke-74 Bellamy membawa Liverpool ke Wembley buat kali pertama dalam 16 tahun.
 
Bellamy, yang menghabiskan musim lalu dipinjamkan City ke Cardiff sebelum menyertai Liverpool berkata: "Saya saksikan Cardiff menang separuh akhir mereka dan tanda-tanda kelihatan baik memasuki perlawanan malam ini."
 
"Saya gembira untuk mereka dan ini final terbaik buat saya. Cardiff amat bermakna buat saya kerana ia bandar asal saya."
 
"Dan dapat jaringkan gol kemenangan lawan bekas pasukan saya untuk mara ke final jadikan ini sebuah malam sempurna."
 
"Saya pun tak pernah beraksi di Wembley, jadi ini akan amat bermakna buat saya ke sana dan cuba untuk menang sebuah trofi."
 
"Saya pergi saksikan beberapa final Liverpool di Millenium Stadium dan beraksi sendiri di sana dalam perlawanan Perisai Komuniti."
 
"Tapi kini kami akan bermain lawan sebuah pasukan Wales di Wembley. Menarik bagaimana takdir bola sepak tertulis."

No comments:

Post a Comment