Abaikan Luis Suarez – Dirk Kuyt mendakwa Craig Bellamy adalah pemain paling berbahaya di Liverpool dalam perlawanan hari ini menentang Manchester United.
Bellamy, 32, telah menjadi pemain terbaik Liverpool sejak dua bulan lepas dan telah menjaringkan tujuh gol dari 13 perlawanan terakhirnya.
Total sembilan gol sejak menyertai kelab secara percuma dari Manchester City musim panas ini menjadikan pemain ini telah pun menyamai jumlah gol di karier pertamanya di Anfield lima musim yang lalu.
“Craig memang luar biasa,” kata Kuyt. “Beliau kini nampak lebih baik berbanding sewaktu kali pertamanya di sini – ia bukan sesuatu yang kerapkali boleh anda katakan tentang seseorang yang telah dua kali mewakili kelab.
“Biasanya, kali pertama adalah lebih baik tapi kali ini dengan Craig dalam keadaan yang lebih baik, beliau memang tahu apa yang boleh beliau lakukan dan beliau sangat profesional dalam latihannya setiap hari, bukan saja membantu dirinya sendiri tapi skuad secara keseluruhannya.”
Prestasi Bellamy telah melayakkan beliau memenangi anugerah pemain terbaik bulanan untuk kali kedua berturut-turut.

No comments:
Post a Comment