Friday 27 January 2012

BELLAMY BGGA DENGAN LIVERPOOL


Craig Bellamy kembali untuk menghantui Manchester City dan mencipta final Piala Liga impian menentang kelab disokongnya sejak kecil, Cardiff.
 
Penalti dari Steven Gerrard dan gol kemenangan minit ke-74 Bellamy membawa Liverpool ke Wembley buat kali pertama dalam 16 tahun.
 
Bellamy, yang menghabiskan musim lalu dipinjamkan City ke Cardiff sebelum menyertai Liverpool berkata: "Saya saksikan Cardiff menang separuh akhir mereka dan tanda-tanda kelihatan baik memasuki perlawanan malam ini."
 
"Saya gembira untuk mereka dan ini final terbaik buat saya. Cardiff amat bermakna buat saya kerana ia bandar asal saya."
 
"Dan dapat jaringkan gol kemenangan lawan bekas pasukan saya untuk mara ke final jadikan ini sebuah malam sempurna."
 
"Saya pun tak pernah beraksi di Wembley, jadi ini akan amat bermakna buat saya ke sana dan cuba untuk menang sebuah trofi."
 
"Saya pergi saksikan beberapa final Liverpool di Millenium Stadium dan beraksi sendiri di sana dalam perlawanan Perisai Komuniti."
 
"Tapi kini kami akan bermain lawan sebuah pasukan Wales di Wembley. Menarik bagaimana takdir bola sepak tertulis."

DALGISH KRITIK PEMAIN


Kenny Dalglish yang begitu berang mengugut untuk menjual bintang Liverpool yang bermain di bawah tahap sebenar selepas mereka mengalami kekalahan memalukan di Bolton.

Pengurus itu naik angin melihat aks longlai pasukannya dan mengkritik pasukannya kerana sikap tiada hormat mereka. ‘Pemain tidak akan berada di sini lebih lama lagi jika begini cara mereka bermain,’ kata Dalglish.

‘Kami mengharapkan standard yang jauh lebih tinggi dari itu. Mungkin mudah untuk mengatakan yang mereka mungkin terjejas tumpuan dengan perlawanan Rabu ini  tapi setiap perlawanan cukup penting buat kami.’

Liverpool mempertahankan kelebihan 1-0 menentang Manchester City di perlawanan kedua separuh akhir Piala Carling di Anfield malam Rabu ini namun Dalglish cukup malu melihat pasukannya mudah dijinakkan oleh pasukan yang betarung meneruskan nyawa di Liga Perdana Inggeris.

‘Jika mereka fikir mereka boleh bermain dengan sewenang-wenangnya, mereka tidak akan berada lama di kelab bola sepak ini,’ tambahnya.

‘Jika ia sekali-sekala, tidak mengapa tapi jika ia berterusan maka akan ada pemain yang tidak dapat meneruskan penampilan mereka dalam jersi merah ini kerana kami tidak boleh menerimanya.

 ‘Hormat adalah bahagian paling penting menjadi kelab yang berjaya dan jika mereka tidak menunjukkan rasa hormat kepada pasukan lain dan paling penting kepada kelab ini, mereka memang ada masalah.’