Monday 30 January 2012

LIVERPOOL MAU HLEB


Bos Liverpool, Kenny Dalglish sedang mempertimbangkan langkah untuk bekas midfielder Arsenal, Alexander Hleb.

Kini telah dilaporkan secara meluas bahawa QPR berminat kepada pemain berusia 30 tahun itu.

warga Belarus itu telah mengalami tempoh yang sukar sejak meninggalkan Arsenal untuk Barcelona pada 2008.

Tempoh pinjamannya dengan Wolfsburg baru-baru ini telah dipendekkan, selepas Hleb bergelut dengan prestasi dan kecergasan, membuat hanya empat penampilan musim ini.

Dalglish sedang mempertimbangkan pilihannya dalam hari-hari terakhir jendela perpindahan.

The Reds menghadapi beberapa tempoh yang sukar musim ini, namun masih boleh mencipta kempen yang berjaya. Liverpool kini dalam perlawanan akhir Piala Liga, dan menghadapi pertembungan pusingan keempat Piala FA menentang Manchester United pada hujung minggu ini.

GERRARD MAU KOP TENANG


Steven Gerrard menggesa supaya penyokong kelab bertenang menjelang pertembungan Piala FA hari ini dengan Manchester United.

Kapten Liverpool itu memberitahu: "Kita semua ada tanggungjawab untuk memastikan perlawanan ini diingati atas sebab bola sepak.

"Liverpool dan Manchester United merupakan perseteruan besar dan pasti ada bahan untuk akhbar dan kecaman di kalangan penyokong.

"Tapi ia akan menjadi lebih bagus jika ia diingati kerana perlawanan yang hebat dan dari pandangan kami, kemenangan Liverpool.

"Kami tak mahukan tajuk utama dari perlawanan ini atau sebarang cerita yang tiada kaitan dengan perlawanan bola sepak di antara kedua-dua pasukan hebat – dan semoga pasukan terbaik menang."

KUYT MAU KEJAYAAN


Dirk Kuyt berikrar untuk mencatatkan kemenangan berganda Manchester hari ini dan berkata kepada Alex Ferguson: Kamu seterusnya.

"Kami telah menetapkan tanda aras menentang  City. Kini kami perlu bermain dengan kesungguhan yang serupa dan saya pasti kami akan bagus."

Kuyt merupakan pemain Liverpool paling lama berkhidmat tanpa memenangi medal selepas enam tahun kemarau di Merseyside.

Pemain Belanda itu menyertai kelab dari Feyenoord pada tahun 2006 — tiga bulan selepas kali terakhir mereka memenangi kejuaraan dengan mengalahkan West Ham di Cardiff untuk menjulang Piala FA.

Beliau menambah: "Saya telah lama berada di sini dan bermain di final dan separuh akhir Liga Juara-juara, separuh akhir Liga Eropah dan menduduki tempat kedua Liga Juara-juara.

"Tapi tak memadai untuk menduduki tempat kedua dan harapan agar Piala Carling menjadi trofi pertama dimenangi dengan lebih banyak akan menyusul.

"Kami telah menjadi pasukan yang nyaris menang kejuaraan sepanjang saya berada di sini tapi kadangkala itulah lumrah bola sepak. Kamu cuma perlukan pastikan kamu berikan segala-galanya untuk mencapai apa yang kamu inginkan.

"Kami semua kepingin untuk memenangi trofi. Ia sudah agak lama sejak kali terakhir kami memenanginya."