Kenny Dalglish menegaskan Luis Suarez akan bersalam dengan Patrice Evra hujung minggu ini ketika beliau berusaha meredakan ketegangan pada kunjungan Liverpool ke Old Trafford.
Pengurus Liverpool itu menekankan tiada pembatalan acara berjabat tangan sebelum perlawanan Sabtu ini, di mana ia akan menyaksikan Suarez dan Evra bertembung buat kali pertama sejak pemain Uruguay itu didapati bersalah kerana menggunakan perkataan berunsur perkauman terhadap pemain pertahanan Manchester United tersebut.
Namun ketika pengurus Liverpool, Dalglish berterusan – dan kontroversi — memberikan sokongan kepada Suarez, beliau berazam pemain berusia 24 tahun itu tiada masalah dengan Evra.
"Saya pasti orang akan bercakap tentang Luis Suarez tapi beliau telah menerima hukumannya, menjalani penggantungannya dan kembali menentang Spurs hari Isnin lepas," kata Dalglish.
"Masanya untuk kita semua melupakan apa yang trelah berlaku."
"Kami telah bercakap dengan beliau. Saya tahu beliau akan bersalam dengan Patrice Evra dan pemain Manchester United yang lain sebelum perlawanan."
No comments:
Post a Comment