Saturday 31 December 2011

JANGAN BG HARAPAN SEPENUHNYA KPD GERRAD


Kenny Dalglish memberi amaran bahawa Liverpool akan 'kelemasan' jika mengharapkan Steven Gerrard  yang kembali cergas untuk menyelesaikan semua masalah mereka. 

Namun pengurus itu menambah: "Jika kami akan menjadi pasukan yang mengharapkan aksi individu maka kami tiada peluang, kami tersekat.

"Steven akan membantu kerana dia menjaringkan gol, dia ada karisma dan kelibatnya dirasai.

"Banyak yang boleh dia berikan tapi kami tak boleh mengharapkan segala-galanya dari Steven."

Gerrard akan menghadirkan ancaman serangan yang amat diperlukan dalam pasukan yang hanya menjaringkan 21 gol dari 18 perlawanan liga. 

Dalglish menambah: "Kami tak boleh terus berkata Steven akan kembali, dia akan lakukan itu dan ini.

"Setiap pemain sayap bagus melaksanakan peranan masing-masing dan menjaringkan gol. 

"Pujian besar harus diberikan kepada pemain kerana mereka telah bermain dengan baik seperti yang telah dilakukan tanpa  Steven."

Monday 19 December 2011

DALGISH BMBNG DGN GERARD


Bos Liverpool, Kenny Dalglish mendedahkan kebimbangan jangkitan buku lali Steven Gerrard yang mungkin mengancam kariernya.
 
"Itu sesuatu yang dia sudah lalui, tak relevan dengan apa-apa jua yang dia ada, jadi kredit kepada mereka yang mengenal pasti masalah itu."
 
"Saya rasa dia semakin selesa kini. Bahagian yang sukar adalah apabila dia yang pertama tercedera. Itu menakutkan."
 
"Dia melakukannya dengan amat baik. Dia mempunyai ciri-ciri yang benar-benar kukuh. Dia hadir dan dia terdesak untuk bermain."
 
"Kami selalu berkata, ketika kami ada dia cergas, kami akan ada skuad yang lebih kuat, jadi kami akan menjadi lebih baik apabila dia bersedia untuk kembali."
 
"Para pemain akan gembira melihat dia kembali di kem latihan dan di atas padang pada hari perlawanan juga nanti."
 
"Tapi kami tak akan meletakkan tekanan atau memberikan sebarang tarikh akhir untuk membuatkan dia kembali."

Saturday 17 December 2011

DALGISH HARAPKAN KAPTEN KEMBALI


Liverpool yakin mereka tidak lama lagi akan memiliki khidmat Steven Gerrard kembali ke dalam pasukan.

Kapten the Reds itu sudah dua bulan tidak bermain kerana jangkitan buku lali. 

Gerrard dirakam gambarnya sedang berlatih buat kali pertama minggu lepas – meyakinkan peminat yang sebelum ini bimbangkan masa depannya.

Dan walaupun berhati-hati mengenai tarikh kepulangan sebenarnya, pengurus Liverpool, Kenny Dalglish yakin midfielder ini akan kembali tak lama lagi.

Beliau berkata: ‘Steven sedang pulih dan berlatih dengan baik sekali. 

'Semua orang gembira dengan perkembangannya jadi ia juga sesuatu yang positif.

‘Kami akan menunggu dan melihat (jika beliau bersedia). Kami takkan letakkan sebarang tarikh yang tak boleh kami capai. 

‘Apabila beliau bersedia, beliau akan bersedia. Ia fantastik untuk beliau yang beliau menunjukkan pemulihan yang bagus dan juga hebat untuk kami.’

Thursday 15 December 2011

SPEARING SEDIA ISI KEKOSONGAN LUCAS


Midfielder Liverpool, Jay Spearing mengakui telah membuktikan nilainya kepada pasukan dalam usaha memujuk pengurus, Kenny Dalglish bahawa dia tidak perlu membawa masuk bantuan.
 
"Kelab ini terkenal di seluruh dunia dan pemilik telah tiba dan menunjukkan bahawa mereka menyokong pengurus," katanya.
 
"Kelab bersaiz sebegini akan sentiasa menarik para pemain yang hebat."
 
"Sering menjadi impian saya bagi bermain setiap minggu, jadi itu terpulang kepada saya untuk membuktikan kepada pengurus setiap hari sebelum perpindahan terbuka dan ketika dia memiliki wang untuk membeli bahawa dia akan berkata, 'Tak perlu rasanya untuk menandatangani sesiapa di sana, kami cukup kuat'."
 
Musim lalu Spearing menunjukkan dia mampu menjadi pengganti bagi Steven Gerrard yang tercedera, bermain tiga bulan terakhir pada musim lalu selepas kapten Reds menjalani pembedahan akibat isu kecederaan pangkal paha.

Wednesday 14 December 2011

LIVERPOOL PANTAU MARTINEZ


Liverpool sedang mempertimbangkan langkah untuk bek yang dinilai tinggi milik Real Sociedad, Inigo Martinez.
 
Kenny Dalglish mahu mengukuhkan barisan beknya, disebabkan oleh kecederaan membimbangkan Jamie Carragher, dan Martinez, 20, telah beberapa kali diperhatikan oleh pemantau kelab Anfield.
 
The Reds akan perlu datang dengan tawaran sekitar £20 juta untuk memujuk Real Sociedad supaya menjual Martinez.
 
Dia miliki klausa pelepasan dipercayai bernilai £28 juta dalam kontrak, namun sisi The Basque boleh menerima tawaran bernilai £17million dan seorang pemain Liverpool.
 
Namun, Dalglish hadapi persaingan bagi menandatangani Martinez, ketika kedua-dua Barcelona dan Real Madrid dianggap akan terus mengikuti perkembangan bek itu.
 
Tahap versatil remaja itu adalah antara bakat utamanya dan dia telah menjaringkan dua gol ketika bermain di tengah musim ini, ketika dia juga turut mengagumkan ketika berada di bek kiri.

Thursday 8 December 2011

MASA UTK BEKERJA


Dirk Kuyt telah memberi amaran kepada Liverpool supaya lebih kuat apabila menentang kelab-kelab yang lebih kecil. Jika tidak, impian Liga Juara-juara mereka akan musnah.
 
Fulham menjadi kelab terkini di luar enam teratas yang menewaskan Reds pada Isnin hasil gol kemenangan lewat Clint Dempsey.
 
Kuyt berkata, "Itu kekecewaan besar tetapi kami perlu meneruskannya, lihat diri kami dan perbaiki segalanya."
 
"Kami mahu tempat empat teratas dan untuk berbuat demikian, kami perlu menang permainan seperti ini."
 
"Nasib tak menyebelahi kami dan itu malam yang mengecewakan."
 
Itu kekalahan pertama Liverpool dalam sembilan perlawanan. Namun dalam tempoh itu, mereka juga telah diundi menentang Norwich dan Swansea di tempat sendiri.

Tuesday 6 December 2011

KING KENNY ULANGI JAMINAN


Kenny Dalglish sekali lagi memberi jaminan kepada penyokong Liverpool bahawa Steven Gerrard sedang pulih.
 
Kapten Kop Gerrard telah direhatkan kerana jangkitan kecederaan buku lali dan Dalglish enggan meletakkan sebarang tarikh untuk kepulangan midfielder England tersebut. Namun bos the Reds itu menyangkal spekulasi menyebut Gerrard mengalami komplikasi.
 
Dalglish berkata: “Steven semakin hampir untuk kembali tapi kami tak boleh tetapkan tarikh. Tiada kecederaan. Kami selama ini memberitahu yang kami positif dengan proses pemulihannya."
 
“Perkembangan Steven cukup cemerlang dan beliau akan kembali lebih awal dari yang dijangkakan.”
 
Komen Dalglish pasti akan menggembirakan kelab dan negaranya.
 
Liverpool telah kehilangan midfielder antarabangsa Brazil, Lucas untuk baki musim ini kerana kecederaan ligamen manakala Gerrard kekal menjadi pemain utama dalam perancangan Fabio Capello untuk Kejohanan Eropah 2012.

Monday 5 December 2011

LUCAS DAPAT CUTI AWAL


Bintang Liverpool, Lucas terpaksa diketepikan untuk baki saingan musim ini kerana kecederaan lutut yang serius. 

Midfielder ini mengalami kecederaan koyak ligamen penyambung lutut ketika mengasak pemain sayap Chelsea, Juan Mata semasa pertemua Piala Carling malam Selasa lalu di Stamford Bridge.

Pemain antarabangsa Brazil ini perlu menjalani pembedahan di lutut kirinya itu
Lucas mentweet: "Hai semua. Hanya untuk mengesahkan saya akan tersisih hingga akhir musim.

"Saya sangat sedih dengan berita ni kerana saya gembira dapat kerap bermain.

"Saya pasti saya akan kembali lebih kuat dan akan mencapai segala yang saya impikan dengan jersi LFC. 

"Saya pasti I'll NEVER WALK ALONE."

Wednesday 30 November 2011

SHELVEY DI PANGGIL PULANG KE ANFIELD


Shelvey di panggil pulang untuk menggantikan lucas yang mengalami kecederaan semasa menentang chelsea baru ini.shelvey berjaya di kelab blackpool dan menjaringkan hatrick semasa menentang leeds.kita harap shelvey perfom dengan baik.

TRANSFER NEWS:JADSON


the kop beralih kepada midfield shaktar iaitu jadson,jadson antara midfield terbaik di uefa,jd kita nantikan apa tindakan king kenny,mungkin dengan tawaran sebanyak 12juta dapat membuka mata shaktar untuk melepaskan jadson..kita tunggu..

KING KENNY PUJI BELLAMY

TAK ABIS2 DENGAN PUJIAN PADA BELLAMY.TERBAIKKK
Craig Bellamy memberikan penghormatan yang amat bermakna kepada rakannya, Gary Speed ​​ketika Liverpool meneruskan laluan menuju Wembley.
Bellamy yang bersedih mengetuai minit peringatan terhadap teman rapatnya itu sebelum bermain dan kemudian mencipta kedua-dua gol Maxi Rodriguez dan Martin Kelly seterusnya membawa The Kop ke separuh akhir Piala Carling.
Bos Liverpool, Kenny Dalglish menikmati kemenangan ketiganya di Chelsea bagi tahun 2011 dan memberi penghormatan kepada Bellamy dengan berkata, "Kami tahu Dia pemain yang hebat, dia amat sedih pada hari Ahad apabila Speedy, seseorang yang dianggap sebagai mentornya, meninggal dunia.
"Bagi seseorang untuk kembali dan bermain seperti itu bagai satu berita baik untuknya, tapi kami gembira dengan cara kami bermain sebagai satu pasukan."
"Cara kami berkembang begitu positif, terutama dalam piala yang telah diperlekehkan oleh orang-orang yang bermain di dalamnya."

INJURY NEWS:LUCAS MANGSA SETERUSNYA

KESIAN KAT LUCAS 
lucas cedera di buku lali,tengok gambar dah tau camne si torres ni tackle die..camne ni ref tak nampak ke..lucas di usung keluar padang,penyokong chealsea menge boo..dia betul2 sakit laa..apa2 pun kita doa untuk lucas cepat2 sihat..

Tuesday 29 November 2011

MAN OF THE MATCH:CRAIG BELLAMY


craig bellamy pemain yang paling cemerlang,hebat,ganas,bijak,,skill,laju,dan paling fantastik dalam carling cup pagi tadi.dia memang hebat lah..undian dalam liverpool fc mencapai 56% memang top laa bellamy ni.tak sia2 je beli dia.king kenny your choice are accepted by us..

CARLING:LIVERPOOL MENANG BERGAYA

maxi rodriguez 
perlawanan yang cukup rancak antata kedua pasukan dengan lorongan daripada bellamy terus di tendang oleh maxi memberi satu mata kepada liverpool.serangan daripada chealsea tidak cukup tajam.carol juga tidak menyempurnakan penalti dengan baik.minit ke 62 bellamy membuat hantaran dan di sentuh oleh kelly menjadikan 2-0 bagi liverpool.king kenny berrpuas hati dengan rentak perlawanan ini.


luis suarez di calonkan antara bintang yang menerima anugerah FIFA BALLON D'OR tahun ini.pemain2 yang turut terpilih ialah

Éric Abidal (France), Sergio Agüero (Argentina), Karim Benzema (France), Iker Casillas (Spain),Cristiano Ronaldo (Portugal), Dani Alves (Brazil), Samuel Eto’o (Cameroon), Cesc Fàbregas (Spain), Diego Forlán (Uruguay), Andrés Iniesta (Spain), Lionel Messi (Argentina), Thomas Müller (Germany), Nani (Portugal), Neymar (Brazil), Mesut Özil (Germany), Gerard Piqué (Spain), Wayne Rooney (England), Bastian Schweinsteiger (Germany), Wesley Sneijder (Netherlands), Luis Suárez (Uruguay), David Villa (Spain), Xabi Alonso (Spain), Xavi (Spain). 
sama2 kita doakan tahun ini luis suarez terpilih sebagai penerima anugerah..

THE KOP SERI DENGAN MAN CITY

perlawanan yang cukup sengit antara kedua pasukan.hart begitu cemerlang menjaga gawang.the kop bertubi-tubi menyerang pasukan lawan.walaubagaimanapun the kop terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri.bagi penyokong setia the kop tiga mata semestinya menjadi impian