Thursday 8 December 2011

MASA UTK BEKERJA


Dirk Kuyt telah memberi amaran kepada Liverpool supaya lebih kuat apabila menentang kelab-kelab yang lebih kecil. Jika tidak, impian Liga Juara-juara mereka akan musnah.
 
Fulham menjadi kelab terkini di luar enam teratas yang menewaskan Reds pada Isnin hasil gol kemenangan lewat Clint Dempsey.
 
Kuyt berkata, "Itu kekecewaan besar tetapi kami perlu meneruskannya, lihat diri kami dan perbaiki segalanya."
 
"Kami mahu tempat empat teratas dan untuk berbuat demikian, kami perlu menang permainan seperti ini."
 
"Nasib tak menyebelahi kami dan itu malam yang mengecewakan."
 
Itu kekalahan pertama Liverpool dalam sembilan perlawanan. Namun dalam tempoh itu, mereka juga telah diundi menentang Norwich dan Swansea di tempat sendiri.

Tuesday 6 December 2011

KING KENNY ULANGI JAMINAN


Kenny Dalglish sekali lagi memberi jaminan kepada penyokong Liverpool bahawa Steven Gerrard sedang pulih.
 
Kapten Kop Gerrard telah direhatkan kerana jangkitan kecederaan buku lali dan Dalglish enggan meletakkan sebarang tarikh untuk kepulangan midfielder England tersebut. Namun bos the Reds itu menyangkal spekulasi menyebut Gerrard mengalami komplikasi.
 
Dalglish berkata: “Steven semakin hampir untuk kembali tapi kami tak boleh tetapkan tarikh. Tiada kecederaan. Kami selama ini memberitahu yang kami positif dengan proses pemulihannya."
 
“Perkembangan Steven cukup cemerlang dan beliau akan kembali lebih awal dari yang dijangkakan.”
 
Komen Dalglish pasti akan menggembirakan kelab dan negaranya.
 
Liverpool telah kehilangan midfielder antarabangsa Brazil, Lucas untuk baki musim ini kerana kecederaan ligamen manakala Gerrard kekal menjadi pemain utama dalam perancangan Fabio Capello untuk Kejohanan Eropah 2012.

Monday 5 December 2011

LUCAS DAPAT CUTI AWAL


Bintang Liverpool, Lucas terpaksa diketepikan untuk baki saingan musim ini kerana kecederaan lutut yang serius. 

Midfielder ini mengalami kecederaan koyak ligamen penyambung lutut ketika mengasak pemain sayap Chelsea, Juan Mata semasa pertemua Piala Carling malam Selasa lalu di Stamford Bridge.

Pemain antarabangsa Brazil ini perlu menjalani pembedahan di lutut kirinya itu
Lucas mentweet: "Hai semua. Hanya untuk mengesahkan saya akan tersisih hingga akhir musim.

"Saya sangat sedih dengan berita ni kerana saya gembira dapat kerap bermain.

"Saya pasti saya akan kembali lebih kuat dan akan mencapai segala yang saya impikan dengan jersi LFC. 

"Saya pasti I'll NEVER WALK ALONE."