Saturday 31 December 2011

JANGAN BG HARAPAN SEPENUHNYA KPD GERRAD


Kenny Dalglish memberi amaran bahawa Liverpool akan 'kelemasan' jika mengharapkan Steven Gerrard  yang kembali cergas untuk menyelesaikan semua masalah mereka. 

Namun pengurus itu menambah: "Jika kami akan menjadi pasukan yang mengharapkan aksi individu maka kami tiada peluang, kami tersekat.

"Steven akan membantu kerana dia menjaringkan gol, dia ada karisma dan kelibatnya dirasai.

"Banyak yang boleh dia berikan tapi kami tak boleh mengharapkan segala-galanya dari Steven."

Gerrard akan menghadirkan ancaman serangan yang amat diperlukan dalam pasukan yang hanya menjaringkan 21 gol dari 18 perlawanan liga. 

Dalglish menambah: "Kami tak boleh terus berkata Steven akan kembali, dia akan lakukan itu dan ini.

"Setiap pemain sayap bagus melaksanakan peranan masing-masing dan menjaringkan gol. 

"Pujian besar harus diberikan kepada pemain kerana mereka telah bermain dengan baik seperti yang telah dilakukan tanpa  Steven."