Kenny Dalglish yang begitu berang mengugut untuk menjual bintang Liverpool yang bermain di bawah tahap sebenar selepas mereka mengalami kekalahan memalukan di Bolton.
Pengurus itu naik angin melihat aks longlai pasukannya dan mengkritik pasukannya kerana sikap tiada hormat mereka. ‘Pemain tidak akan berada di sini lebih lama lagi jika begini cara mereka bermain,’ kata Dalglish.
‘Kami mengharapkan standard yang jauh lebih tinggi dari itu. Mungkin mudah untuk mengatakan yang mereka mungkin terjejas tumpuan dengan perlawanan Rabu ini tapi setiap perlawanan cukup penting buat kami.’
Liverpool mempertahankan kelebihan 1-0 menentang Manchester City di perlawanan kedua separuh akhir Piala Carling di Anfield malam Rabu ini namun Dalglish cukup malu melihat pasukannya mudah dijinakkan oleh pasukan yang betarung meneruskan nyawa di Liga Perdana Inggeris.
‘Jika mereka fikir mereka boleh bermain dengan sewenang-wenangnya, mereka tidak akan berada lama di kelab bola sepak ini,’ tambahnya.
‘Jika ia sekali-sekala, tidak mengapa tapi jika ia berterusan maka akan ada pemain yang tidak dapat meneruskan penampilan mereka dalam jersi merah ini kerana kami tidak boleh menerimanya.
‘Hormat adalah bahagian paling penting menjadi kelab yang berjaya dan jika mereka tidak menunjukkan rasa hormat kepada pasukan lain dan paling penting kepada kelab ini, mereka memang ada masalah.’

No comments:
Post a Comment