Kenny Dalglish mengkritik Liverpool kerana masalah kurang kreativiti ketika mereka melepaskan mata ke 14 di laman sendiri musim ini.
Penyerang Reds, Dirk Kuyt terlepas peluang keemasan untuk memastikan kemenangan namun the Potters berhak memperolehi satu mata selepas mencatatkan kemenangan ke atas the Kop pada September lalu.
Liverpool kini hanya mencatatkan empat kemenangan dari 11 perlawanan di Anfield musim ini dan Dalglish tidak dapat menyembunyikan perasaannya ketika ditanya mengenai masalah yang dihadapi pasukannya.
Beliau berkata: "Tanggungjawab adalah kepada kami untuk menjadi lebih imaginatif dan untuk merobek mereka dan kami gagal melakukannya."
"Beberapa peluang yang kami ada tidak kami manfaatkannya dan dalam perlawanan sebegini, anda perlu mengambilnya."
"Kami nampak mantap di barisan pertahanan — mereka ada satu percubaan di separuh masa pertama dan tiada lagi selepas itu — tapi ia tanggungjawab kami untuk merobek mereka dan di perlawanan ini kami tidak cukup bagus."
"Tiada salah dengan kesungguhan atau keazaman mereka tapi hari ini kami tidak cukup bagus untuk menjinakkan mereka."
No comments:
Post a Comment