Monday 2 July 2012

jgn salahkn rooney





Steven Gerrard menegaskan Wayne Rooney tidak harus dijadikan kambing hitam di atas kegagalan Euro 2012 England.
Kapten England itu menyatakan adalah tidak realistik untuk mengharapkan bintang Manchester United tersebut semata-mata bagi memenangi kejohanan.
Dan dia bimbang jangkaan yang besar terhadap Rooney boleh menjadi antara alasan striker Three Lions gagal menjaringkan gol selepas ini.
Gerrard berkata, "Saya cuma rasa sejak Wayne ada, dan kerana prestasinya di Euro 2004, terdapat jangkaan yang dia datang ke kejohanan dan menang segalanya atas usaha sendiri."
"Saya fikir itu tak adil, terutama apabila segalanya tak menjadi dan orang ramai kemudian menyalahkan Wayne dan prestasinya."
"Tapi tanggungjawab adalah ke atas semua 23 pemain. Tak adil untuk hanyamelihat Wayne dan berkata kerana dia tak bermain dengan baik, itu adalah alasan kenapa kami tak pernah menang."
"Saya telah sebut banyak kali bahawa di peringkat ini, perkara terbesar adalah bermain tanpa jangkaan, tanpa rasa takut."
"Jadi itu normal pada masa-masa tertentu Wayne merudum kerana jangkaan, kerana semua orang menjangka dan mahu dia melakukan yang terbaik."

Saturday 11 February 2012

SAYA TAKKN MINTA MAAF


Luis Suarez masih enggan memohon maaf kerana mencetuskan pertikaian warna kulit Patrice Evra.
 
Bintang Liverpool itu menerima hukuman penggantungan lapan perlawanan selepas FA mendapati beliau bersalah menghina pemain Manchester United tersebut. Namun Suarez, yang berdepan dengan Evra di  Old Trafford hari Sabtu ini, pertikaian ini harus dikekalkan di atas padang.
 
Beliau berkata: "Saya langsung tidak berduka. Saya tahu apa yang saya lakukan dan anda peraturan bola sepak yang berbunyi 'apa yang berlaku di atas padang, tinggalkan di atas padang dan habis cerita'."
 
Suarez, bercakap dengan Radio Sport 890 di Uruguay, berkata: "Saya tahu menentang Man United akan menjadi tegang kerana saya akan berdepan Evra. Tapi saya sudah biasa dengan penyokong mengecam saya. Saya harap tiada yang luar biasa berlaku. Saya akan perlu melupakan apa yang sudah berlaku ketika itu."
 
"Saya tahu Man United akan cuba menjadikan saya berasa kurang selesa."
 
"Tapi saya perlu beritahu mereka — mereka akan mendorong saya jika mereka mengejek saya."

SUAREZ PERLU SALAM DGN EVRA


Kenny Dalglish menegaskan Luis Suarez akan bersalam dengan Patrice Evra hujung minggu ini ketika beliau berusaha meredakan ketegangan pada kunjungan Liverpool ke Old Trafford.
 
Pengurus Liverpool itu menekankan tiada pembatalan acara berjabat tangan sebelum perlawanan Sabtu ini, di mana ia akan menyaksikan Suarez dan Evra bertembung buat kali pertama sejak pemain Uruguay itu didapati bersalah kerana menggunakan perkataan berunsur perkauman terhadap pemain pertahanan Manchester United tersebut.
 
Namun ketika pengurus Liverpool, Dalglish berterusan – dan kontroversi — memberikan sokongan kepada Suarez, beliau berazam pemain berusia 24 tahun itu tiada masalah dengan Evra.
 
"Saya pasti orang akan bercakap tentang Luis Suarez tapi beliau telah menerima hukumannya, menjalani penggantungannya dan kembali menentang Spurs hari Isnin lepas," kata Dalglish.
 
"Masanya untuk kita semua melupakan apa yang trelah berlaku."
 
"Kami telah bercakap dengan beliau. Saya tahu beliau akan bersalam dengan Patrice Evra dan pemain  Manchester United yang lain sebelum perlawanan."

BELLAMY LEBIH GANAS


Abaikan Luis Suarez – Dirk Kuyt mendakwa Craig Bellamy adalah pemain paling berbahaya di  Liverpool dalam perlawanan hari ini menentang Manchester United.

Bellamy, 32, telah menjadi pemain terbaik Liverpool sejak dua bulan lepas dan telah menjaringkan tujuh gol dari 13 perlawanan terakhirnya.

Total sembilan gol sejak menyertai kelab secara percuma dari Manchester City musim panas ini menjadikan pemain ini telah pun menyamai jumlah gol di karier pertamanya di Anfield lima musim yang lalu.

“Craig memang luar biasa,” kata Kuyt. “Beliau kini nampak lebih baik berbanding sewaktu kali pertamanya di sini – ia bukan sesuatu yang kerapkali boleh anda katakan tentang seseorang yang telah dua kali mewakili kelab.

“Biasanya, kali pertama adalah lebih baik tapi kali ini dengan Craig dalam keadaan yang lebih baik, beliau memang tahu apa yang boleh beliau lakukan dan beliau sangat profesional dalam latihannya setiap hari, bukan saja membantu dirinya sendiri tapi skuad secara keseluruhannya.”

Prestasi Bellamy telah melayakkan beliau memenangi anugerah pemain terbaik bulanan untuk kali kedua berturut-turut.

Monday 30 January 2012

LIVERPOOL MAU HLEB


Bos Liverpool, Kenny Dalglish sedang mempertimbangkan langkah untuk bekas midfielder Arsenal, Alexander Hleb.

Kini telah dilaporkan secara meluas bahawa QPR berminat kepada pemain berusia 30 tahun itu.

warga Belarus itu telah mengalami tempoh yang sukar sejak meninggalkan Arsenal untuk Barcelona pada 2008.

Tempoh pinjamannya dengan Wolfsburg baru-baru ini telah dipendekkan, selepas Hleb bergelut dengan prestasi dan kecergasan, membuat hanya empat penampilan musim ini.

Dalglish sedang mempertimbangkan pilihannya dalam hari-hari terakhir jendela perpindahan.

The Reds menghadapi beberapa tempoh yang sukar musim ini, namun masih boleh mencipta kempen yang berjaya. Liverpool kini dalam perlawanan akhir Piala Liga, dan menghadapi pertembungan pusingan keempat Piala FA menentang Manchester United pada hujung minggu ini.

GERRARD MAU KOP TENANG


Steven Gerrard menggesa supaya penyokong kelab bertenang menjelang pertembungan Piala FA hari ini dengan Manchester United.

Kapten Liverpool itu memberitahu: "Kita semua ada tanggungjawab untuk memastikan perlawanan ini diingati atas sebab bola sepak.

"Liverpool dan Manchester United merupakan perseteruan besar dan pasti ada bahan untuk akhbar dan kecaman di kalangan penyokong.

"Tapi ia akan menjadi lebih bagus jika ia diingati kerana perlawanan yang hebat dan dari pandangan kami, kemenangan Liverpool.

"Kami tak mahukan tajuk utama dari perlawanan ini atau sebarang cerita yang tiada kaitan dengan perlawanan bola sepak di antara kedua-dua pasukan hebat – dan semoga pasukan terbaik menang."

KUYT MAU KEJAYAAN


Dirk Kuyt berikrar untuk mencatatkan kemenangan berganda Manchester hari ini dan berkata kepada Alex Ferguson: Kamu seterusnya.

"Kami telah menetapkan tanda aras menentang  City. Kini kami perlu bermain dengan kesungguhan yang serupa dan saya pasti kami akan bagus."

Kuyt merupakan pemain Liverpool paling lama berkhidmat tanpa memenangi medal selepas enam tahun kemarau di Merseyside.

Pemain Belanda itu menyertai kelab dari Feyenoord pada tahun 2006 — tiga bulan selepas kali terakhir mereka memenangi kejuaraan dengan mengalahkan West Ham di Cardiff untuk menjulang Piala FA.

Beliau menambah: "Saya telah lama berada di sini dan bermain di final dan separuh akhir Liga Juara-juara, separuh akhir Liga Eropah dan menduduki tempat kedua Liga Juara-juara.

"Tapi tak memadai untuk menduduki tempat kedua dan harapan agar Piala Carling menjadi trofi pertama dimenangi dengan lebih banyak akan menyusul.

"Kami telah menjadi pasukan yang nyaris menang kejuaraan sepanjang saya berada di sini tapi kadangkala itulah lumrah bola sepak. Kamu cuma perlukan pastikan kamu berikan segala-galanya untuk mencapai apa yang kamu inginkan.

"Kami semua kepingin untuk memenangi trofi. Ia sudah agak lama sejak kali terakhir kami memenanginya."