Monday, 5 December 2011

LUCAS DAPAT CUTI AWAL


Bintang Liverpool, Lucas terpaksa diketepikan untuk baki saingan musim ini kerana kecederaan lutut yang serius. 

Midfielder ini mengalami kecederaan koyak ligamen penyambung lutut ketika mengasak pemain sayap Chelsea, Juan Mata semasa pertemua Piala Carling malam Selasa lalu di Stamford Bridge.

Pemain antarabangsa Brazil ini perlu menjalani pembedahan di lutut kirinya itu
Lucas mentweet: "Hai semua. Hanya untuk mengesahkan saya akan tersisih hingga akhir musim.

"Saya sangat sedih dengan berita ni kerana saya gembira dapat kerap bermain.

"Saya pasti saya akan kembali lebih kuat dan akan mencapai segala yang saya impikan dengan jersi LFC. 

"Saya pasti I'll NEVER WALK ALONE."

No comments:

Post a Comment