Saturday, 17 December 2011

DALGISH HARAPKAN KAPTEN KEMBALI


Liverpool yakin mereka tidak lama lagi akan memiliki khidmat Steven Gerrard kembali ke dalam pasukan.

Kapten the Reds itu sudah dua bulan tidak bermain kerana jangkitan buku lali. 

Gerrard dirakam gambarnya sedang berlatih buat kali pertama minggu lepas – meyakinkan peminat yang sebelum ini bimbangkan masa depannya.

Dan walaupun berhati-hati mengenai tarikh kepulangan sebenarnya, pengurus Liverpool, Kenny Dalglish yakin midfielder ini akan kembali tak lama lagi.

Beliau berkata: ‘Steven sedang pulih dan berlatih dengan baik sekali. 

'Semua orang gembira dengan perkembangannya jadi ia juga sesuatu yang positif.

‘Kami akan menunggu dan melihat (jika beliau bersedia). Kami takkan letakkan sebarang tarikh yang tak boleh kami capai. 

‘Apabila beliau bersedia, beliau akan bersedia. Ia fantastik untuk beliau yang beliau menunjukkan pemulihan yang bagus dan juga hebat untuk kami.’

No comments:

Post a Comment