Tuesday, 6 December 2011

KING KENNY ULANGI JAMINAN


Kenny Dalglish sekali lagi memberi jaminan kepada penyokong Liverpool bahawa Steven Gerrard sedang pulih.
 
Kapten Kop Gerrard telah direhatkan kerana jangkitan kecederaan buku lali dan Dalglish enggan meletakkan sebarang tarikh untuk kepulangan midfielder England tersebut. Namun bos the Reds itu menyangkal spekulasi menyebut Gerrard mengalami komplikasi.
 
Dalglish berkata: “Steven semakin hampir untuk kembali tapi kami tak boleh tetapkan tarikh. Tiada kecederaan. Kami selama ini memberitahu yang kami positif dengan proses pemulihannya."
 
“Perkembangan Steven cukup cemerlang dan beliau akan kembali lebih awal dari yang dijangkakan.”
 
Komen Dalglish pasti akan menggembirakan kelab dan negaranya.
 
Liverpool telah kehilangan midfielder antarabangsa Brazil, Lucas untuk baki musim ini kerana kecederaan ligamen manakala Gerrard kekal menjadi pemain utama dalam perancangan Fabio Capello untuk Kejohanan Eropah 2012.

No comments:

Post a Comment