Thursday, 15 December 2011

SPEARING SEDIA ISI KEKOSONGAN LUCAS


Midfielder Liverpool, Jay Spearing mengakui telah membuktikan nilainya kepada pasukan dalam usaha memujuk pengurus, Kenny Dalglish bahawa dia tidak perlu membawa masuk bantuan.
 
"Kelab ini terkenal di seluruh dunia dan pemilik telah tiba dan menunjukkan bahawa mereka menyokong pengurus," katanya.
 
"Kelab bersaiz sebegini akan sentiasa menarik para pemain yang hebat."
 
"Sering menjadi impian saya bagi bermain setiap minggu, jadi itu terpulang kepada saya untuk membuktikan kepada pengurus setiap hari sebelum perpindahan terbuka dan ketika dia memiliki wang untuk membeli bahawa dia akan berkata, 'Tak perlu rasanya untuk menandatangani sesiapa di sana, kami cukup kuat'."
 
Musim lalu Spearing menunjukkan dia mampu menjadi pengganti bagi Steven Gerrard yang tercedera, bermain tiga bulan terakhir pada musim lalu selepas kapten Reds menjalani pembedahan akibat isu kecederaan pangkal paha.

No comments:

Post a Comment